Friday, October 28, 2011

Hari kedua..paper yang kedua..(^_^)

Alhamdulillah...tak pernah lupa bersyukur pada Allah..Ya Nur, yang menerangi hati dengan cahaya ilmu..selawat setinggi gunung seluas lautan buat seorang insan yang kamil..insan yang meninggikan syiar Islam dan memartabatkan ilmu..

Paper kedua untu hari yang kedua..bermakna ada 6 hari dan 6 paper lagi menanti..setiap paper ada kisah, rasa dan kepuasan tersendiri.Paper pertama menjadi pengajaran untuk aku menjawab lebih baik lagi untuk paper kedua, dan alhamdulillah aku merasa kepuasan ketika menjawab paper kedua..tapi tak bermakna aku gagal untuk menjawab paper yang pertama..jawapan telah isi pada setiap soalan, tapi aku tak merasa puas pulak..emm hati mula rasa risau, tapi tawakal pada Allah itu utama..aku menilai pada usaha tetapi aku tak kan pernah lupa pada Allah Ya Baarik..perancangannya lebih utama...

Dan esok..paper ketiga "METODOLOGI PENYELIDIKAN"..(^_^)..jom sahabat kita buat yang terbaik..jangan mudah mengalah dengan rasa malas dan mengantuk..banyakkan berdoa pada Allah dijauhkan daripada sikap pelupa dan malas.ada 6 paper lagi menyusul..ayuh bangun..hehe

Good luck pada semua..buat yang terbaik sehabis mungkin..ikhlaskan niat..jawab exam untuk julang agama Allah..biar orang lain tahu.. MUSLIM JUGA PANDAI DAN BIJAK!!!! (^_^)



Wednesday, October 26, 2011

Di ambang Final Exam

Assalamualaikum...
Buat semua sahabat yang bakal bersama-samaku berjuang di medan peperiksaan selama 8 hari ini..
ku mengharapkan agar Allah memudahkan kita untuk menjawab setiap soalan dengan baik..moga Allah Ya Nur membuka hijab hati untuk memudahkan segala ilmu itu ditarikan di atas kertas yang menjadi hamparan jihad menggunakan senjata pena..ketajaman akal dan hati sangat diperlukan dalam kita memenangi pertempuran ini.

Jangan pernah gusar andai bekalan mu telah kau siapkan sebaik-baiknya.. hanya yang perlu gusarkan adalah andai Allah menghijab mata hati dan akal dek kerana dosa yang dilakukan..maka sujudlah pada Allah Ya Affuw Ya Tauwab..moga-moga kita semua keluar dari medan tempur dengan satu kepuasan yang tak terhingga kerana..tarian pena rancak melakar kata dan fakta..

Doaku buat sahabat-sahabat...good luck!!!

Monday, October 3, 2011

Toolib Mumtaz & Toolibah Mumtazah

Pelajar bertaqwa disenangi dikasihi.

Diwaktu orang lain mempunyai banyak masa, masa kita pula” dicuri” untuk kerja-kerja pengislahan diri dan juga, dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang penyeru ummah sekeliling.Hati dan rohani perlu kuat dalam menghadapi segala permasalahan dunia. Belajar +berpersatuan+ berukhwah+pergaulan ada risikonya. Apa-apa sahaja ada risikonya. Tapi  pelajar muslim, dia positif! Perlu selalu positif!

Mulakan assgment pada awal-awal lagi. Usah bertangguh! Agar nanti tidak kelam kelibut.Rangka jadual aktiviti dengan betul.Rujuk senior yang lebih tahu dalam sesuatu subjek.Jangan segan bertanya pensyarah. Tiada istilah malu menuntut ilmu.Banyak bincang dengan kawan-kawan.Perlu ada
toleransi.

Sepanjang pengajian dan apa sahaja dalam hidup kita, kita perlu kepada    kawan. Kawan ialah orang yang paaaaling dekat dengan kita setelah berpisah dari keluarga kerana menuntut ilmu. Jadi maniskan cara dalam     bersahabat. Banyakkan toleransi. Perlu sabar menghadapi kawan-kawan yang pelbagai ragam. Perlu letakkan sangka baik ditempat yang paaaaling dalam ,dalam hati. Kerana tanpa sangka baik, hubungan sesama kawan    mudah rapuh. Apa akan jadi jika kawan yang kita musuhi ialah ahli kumpulan dalam tugasan. Habislah! Apabila timbul permusuhan, perkara-perkara begitu  akan terganggu hingga akhirnya anda gagal dalam subjek tertentu kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberi dengan alasan.” Oh! Tak sanggup melihat wajahnya!.
Oh! Ia sangat merugikan diri anda. 

Perkara ini memang berlaku, ia bukan cerita semata-mata. Akhirnya salah seorang kawan terpaksa menangguhkan pengajiannya kerana permusuhan itu. Peritnya bukan!
Islam tidak mengajar ummatnya bermusuh. Bahkan islam mengajak kepada pendamaian, sikap yang baik sesama muslim. Hati rasa sakit? Abaikan     sahaja, kerana marah atas hanya factor yang kecil, remeh temeh dan bukan marah berpaksikan Allah, akan merugikan diri anda sendiri. Bayangkan,     betapa anda menderita memendam rasa tapi kawan anda selesa, malah hidup bahagia. Akhirnya anda yang sengsara. Jadi bangkitlah !

Tugasan(Assigment) bertimbun-timbun, Aduhh! Bagaimana ni?

Tips cemerlang & tenang dalam pengajian.

 Hubungan dengan Allah
Hubungan dengan manusia
Jaga hak Allah seperti solat, puasa, ibadah dan lain-lain
Jaga hati kawan-kawan, jangan diremehkan walau dengan senyuman.
Banyakkan solat-solat sunat, cth: Solat hajat, solat taubat
Tolong jika dia memerlukan
Tinggikan positif pada Allah
Jangan kedekut dalam berkongsi ilmu
Tetapkan matlamat menuju Allah cth: Nak balik akhirat dalam keadaan Allah redha
Jaga hati pensyarah, jadi pelajar beradab
Niat belajar : kerana Allah semata-mata
Jangan ponteng kelas tanpa sebab
Banyakkan taubat dan istigfar setiap waktu
Sebarkan senyuman walau pada orang yang tidak dikenali
Tawakkal dan pergantungan MUTLAK pada Allah
Sebarkan salam


Walau tips di atas ialah tips-tips yang basic , tapi ia adalah perkara yang diabaikan dan dianggap tidak penting ..Dan sebenarnya banyak lagi tipsnya. Apa yang penting istiqamahkan pengajaran yang anda dapat, Insya-Allah mudahan berjaya. Yang penting banyak usaha, doa dan tawakkal.

Pelajar mithali bakal menjadi pemimpin negara berpaksikan syariah Allah. Mari kita jernihkan niat dan utamakan Allah dalam setiap perbuatan kita, insya-Allah bila kita menjadi pelajar, mudahan kita adalah diantara pelajar paaaaling cemerlang. Akademik & Sahsiah. Mudahan!
Tidak terlambat bagi kita untuk membetulkan diri sebagai seorang pelajar...
 
 p/ s : buat adikku hariyana mohamad arif (UNISZA)..GOOD LUCK untuk semua paper yer....(^_^)v...








Saturday, October 1, 2011

Wadah kasih untuk Agamaku

Bismillahir rahmanirrahim...
Salam syg ku hamparkan pada makhluk seluruh dunia.. andai dirimu baik terhadap Allah dan juga makhlukNya, maka aku akan berdoa agar dapat menyertai kebaikan itu, namun jika kamu adalah golongan yang zalim terhadap Allah dan makhlukNya maka aku juga akan turut berdoa agar hidayah menyapa hatimu sebelum jasad tenggelam dimakan bumi. Andai kezalimanmu sangat menyakiti agamaku, maka aku akan bangkit untuk memerangimu sebagaimana bangkitnya Imam Al Ghazali, Imam Hassan Al Banna dan yang tak kan pernah aku lupa iaitu Panglima Islam..Sallahuddin Ayubi.

Aku juga tak kan membiarkan diriku untuk lupa bersyukur padaNya, kerana hari ini ruang untuk jari ini melakar irama hati dan akal masih ada..dan rezeki ku masih ada untuk kesekian kalinya..jom sahabat..sama-sama kita bersyukur..Selawat an salam tak kan pernah lekang di bibir bagi mendamba syafaat baginda kelak..kerana aku tahu bahawa aku sangat memerlukan bantuan baginda kelak di akhirat..Allah dan Rasul, aku percaya sebagaimana Ahli Sunnah wal Jamaah berpegang bahawa kelak manusia dapat menatap wajah Allah..dan aku rindu untuk menatap Penciptaku dan pembimbingku...

       Ruangan ini merupakan dakwah bit tadwin buat driku setelah aku telah menjauhkan diri daripada Facebook..ku membiarkan sahabat-sahabatku yang lebih baik dakwahnya dengan wadah itu meneruskan perjuangan..sedangkan aku..lemah dengan melebihkan penggunaan ke arah dunia. Maka ku membuang sedikit dunia dari masa hidupku kerana wadah itu menyempitkan masa ku sehari-harian hingga aku sering mengeluh..24 jam ibarat 1 jam..


        Maka ruangan ini adalah wadah kasih yang utama buat agamaku.. mengharapkan kekuatan untuk istiqomah dalam berkongsi dan teguh untuk memegang prinsip "HIDUP ADALAH MEMBERI" yang ku pinjam dari seorang ustaz iaitu Ustaz Hasrizal (penulis buku Aku Terima Nikahnya). Biarlah aku memberi ilmuku sebagau ganti kepada wang untuk kalian menatap dan menikmatinya walaupun ilmu ku hanyalah sekadar setitik dari sungai yang mengalir deras..sedangkan ilmu Allah itu tak mampu untuk ditulis dengan dakwat sebanyak 7 lautan pun..Allah kerdilnya diri ku...

       Namun aku mengingati dan memegang sepotong hadis..bekalan sebagai dai'e mudah..
       
       "sampaikanlah walau dengan sepotong ayat "
           
      
        Peringatan buat diriku yang bermain dengan kata-kata yang bertunjang lidah yang tak bertulang, setiap imu dan kata yang ku coret perlulah bermain dalam gelanggan Al-Quran dan sunnah..jangan pernah sesekali menggunakan rasa dan akal..kerana melebihkan akal dalam hujah dan dakwah ibarat fahaman muktazilah yang sesat..ingatlah dua bekalan yang tak kan pernah terpisah dari Islam yang sebenar yakni Al Quran dan sunnah..Moga aku mampu memanfaatkan wadah ini sebagai warkah kasih buat agamaku..

Friday, September 30, 2011

SYUKUR..Jangan pernah lupa...

Assalamulaikum warahmatullah..

Telah lama jari ini tidak menari-nari mengikut irama hati dan akal dalam ruangan ini.. mungkin kerana kelemahan diri yang tak mampu mengurus masa dengan baik..namun masa...andai banyak di isi dengan kedunian maka urusan akhirat pasti sukar untuk disempurnakan.

         Sebelum tarian jari ini melangkah lebih jauh dan lebih rancak untuk membentuk kata, diri ini tak pernah lupa untuk bersyukur kepada Allah yang Maha Berkuasa terhadap apa-apa pun di atas muka bumi ini samaada yang masih hidup ataupun yang telah mati..sahabat, jangan pernah terfikir bahawa mati itu mampu memutuskan hubungan kita dengan Allah, melenyapkan title kita sebagai hamba dan menghilangkan masalah yang membelenggu..ingat sahabat, hukumnya BERDOSA BESAR!!! (sekadar peringatan tatkala teringat kisah manusia yang membunuh diri- murahnya nyawa yang diberi hingga mampu mencabutnya sendiri -ni la insan yang tak bersyukur atas sebesar-besar nikmat yakni nikmat hidup di dunia. Dengan bahasa yang kasarnya "perasan masuk syurga"

Selawat dan salam buat Rasulullah yang juga tidak pernah berhenti untuk bersyukur hinggakan rasa syukurnya melebihi rasa syukur insan yang tercalit noda dosa.. mari sahabat, kita perkasakan syukur.

         Banyak nikmat yang diberi namun kita masih lalai dan buta untuk melihatnya sebagai nikmat yang perlu disyukuri sangat-sangat.. Tatkala nikmat itu hilang dan hati mula diruntun rasa bersalah maka diri mula mencari jalan pulang kepada Allah, meminta agar dikembalikan nikmat yang hilang.. banyak nikmat yang semakin hilang dari kita seperti nikmat masa yang berlalu, nikmat usia yang semakin lanjut, nikmat akal yang semakin lemah dan nikmat fizikal yang semakin hilang kekuatannya. walaupun selagi hidup ini kita masih menikmati nikmat tersebut namun sedikit demi sedikit nikmat itu meninggalkan kita. Persoalan yang utamanya adalah sejauh mana kita memanfaatkan segala nikmat yang semakin berlalu pergi ini..

Bukankah kelak Allah akan bertanya tentang apa yang kita lakukan sepanjang hidup kita? dengan masa yang diberi selama 46 tahun, 67 tahun, ada yang samapai mencecah ratusan tahun. Adakah masa itu penuh denan ketaqwaan atau kekufuran??

Bukankah Allah akan bertanya akan sumbangan akal dan fizikal ini sepanjang hidup di dunia? dengan tangan, kaki, akal yang ligat mencapai pembaharuan teknologi mengikut zaman dan mata yang melihat jatuh bangun suatu bangsa dan agama. adakah iainya dimanfaatkan dengan dakwah islamiyyah atau sekadar menyumbang kepada dakyah dan propaganda dunia??

Renungkan sahabat...syukur kita letaknya di mana? Setinggi mana darjat syukur kita dihadapan Allah kelak..jangan sampai syukur kita tak mampu menandingi timbangan dosa kita, jangan sampai syukur si nyamuk lebih besar dari syukur kita manusia yang berakal..

Renungkan sahabat-sahabatku...(hadiah untuk sahabat-sahabat seakidah ku)

Friday, July 22, 2011

SAAT DIRI TERSUNGKUR DALAM LEMBAH DOSA...

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu.. bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu.. bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu.. krn aku juga pernah melampaui batas utk diri sendiri.. Seandainya seseorang itu hanya dpt menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.. Maka akn jadi sikitlah org yg memberi peringatan.."
-Imam Hasan Al-Basri-



Kata-kata ini bakal menjadi penguat saat aku semakin pengecut lantaran terlalu memikirkan betapa rendahnya diri ku bila berhadapan dengan insan lain..Dan aku akui betapa kamu lebih baik berbanding diriku...


Bukan pakaian yang menilai iman di hati tetapi amal dan keikhlasan yang mengangkat darjat di sisi Allah..


Aku bukanlah srikandi yang gah ibarat khadijah ataupun Zainab al Ghazali namun aku cuba untuk mencari dan melangkah di jalan-jalan yang pernah mereka susuri dan tinggalkan untuk mukminat di belakang mereka..Allah...aku perlu untuk cuba bangkit.


Menginsafi dosa semalam membuatkan aku takut andai taubatku tak bertahan...mengulanginya kembali..perkara yg paling aku takut adalah aku tak mampu untuk mengulangi dan memperbaruhi taubat ku semula...Izinkan aku Ya Allah untuk terus sujud mencari cintaMu..


Bagaimana aku mampu berdiri kembali di jalan dakwahMu?
Bagaimana aku mampu untuk menuturkan bicara dan kalimah peringatan kepada hambaMu?


Sedangakan bibir ini,hati ini, diri ini, penuh dengan dosa..


Bagaimana dapat aku membersihkan hati insan lain?
Bagaimana dapat aku sentuh jiwa-jiwa insan lain?


Sedangkan hati dan jiwaku sendiri kotor dengan dosa dan maksiat...Bukankah hati yang kotor itu tidak akan dapat untuk membersihkan hati insan lain...Bukankah jiwa yang gersang dan hampir mati dengan racun cinta dunia tidak akan dapat menyentuh atau memandang jiwa-jiwa yang lunak untuk kembali pada Allah...


Allah...Allah...hakikatnya aku perlu BERSIH....
Punya hati dan diri yang BERSIH...berusaha untuk BERSIH..itu yang utama..


Aku teringat kata seorang murabbi pada ku..
"Untuk kita menjadi kain putih semula ibarat bayi yang baru lahir itu bukanlah suatu yang mudah dan mungkin sangat mustahil..kerana dinding yang dipaku dengan paku-paku karat pun andai dicabut paku-paku itu pastinya kesan atau bekas paku itu akn terus kekal pada dinding itu..walaupun paku karat itu telah tiada.Begitu juga di ibaratkan dengan hati..bekas dosa itu akan sentiasa ada..Namun janganlah bersedih..taubat itu penawar..andai tak mampu untuk menjadi kain putih, jadilah kain batik yang cantik...corakkan contengan-contengan dosa itu menjadi satu corak yang diukir dengan kebaikan dan taubat..Berusahalah untuk menjadi kain batik yang cantik.."


Andai Allah tidak menjadikan dosa itu pada hidup manusia nescaya kita tak kan mampu untuk merasa nikmtanya mengalirkan air mata taubat dan manisnya ketenangan selepas mengadu dalam sujud illallah...Allah,sejauh itu KasihMu pada ku...


Allah..jadikan aku kuat..kuat menjadi mujahidah walaupun berkali-kali aku tersungkur...luka ini, tak kan membuatkan aku berputus asa untuk berlari daripada dosa dan murkaMu..kerana saat ku melepasi murkaMu atas dosa yang ku lakukan, ku merasa nikmatnya dakapan Cinta dan PengampunanMu...


Ku mohon perlindunganMu daripada menjadi hamba yang tidak bersyukur dan berputus asa....Sesungguhnya aku yakin bahawa padaMu jua aku kembali sebagaimana aku datang..

Friday, July 15, 2011

Manisnya hidup #01

Assalamualaikum dan selamat petang buat hati-hati yang rindu untuk kembali pada Allah setelah dengan izin Allah kita selamat di pagi hari....

Jangan pernah berhenti untuk ingat dan menyebut nama Allah...Allah..Allah..
Setelah mengharungi siang yang dipenuhi dengan tuntutan, maka malam yang datang akan menuntut pula untuk dilaksanakan apa yang perlu dan wajib..moga hati kita hari ini terisi dengan nikmat zikir..

Hari ini ana menghabiskan masa di luar daripada bilik (untuk beradu).
Kenapa? sebab ada tugas dan amanah yang dipikul..mengumpulkan duit/ yuran bagi prigram PEDAP (nilai dirahsiakan). Ana rasa seronok walaupun penat untuk ke hulu ke hilir dan pergi ke bilik-bilik sahabat untuk minta duit tu..ada sahabat yang mengusik "uik,da jadi ceti?". Ana sekadar tertawa dan meraihkan gurauan tersebut. Bukan ingin menyusahkan diri tetapi lebih senang hati untuk memastikan sendiri amanah yang diberi walaupun kecil dilaksanakan tanpa menunggu untuk disampaikan oleh orang lain..

Hakikatnya ada satu kebaikan yang ana dapat daripada kepenatan itu, yakni dapat ziarah sahabat di bilik masing-masing..kira serampang dua mata la juga nampaknya..eratkan ukhuwah walaupun tujuannya nak kutip duit..(tapi minta dengan cara yang baik dan lembut laa)

Rasa seronok walaupun  ada yang bersimpati kerana mungkin dalam fikiran mereka ianya kerja yang tak perlu dilaksankan sebegitu sekali..Allah..amanah walaupun kecil pasti disoal..ana cuba melakukannya sebaik mungkin walaupun tak sempurna..Allah pandang usaha kan..ingat tu kawan..

Bertemu dengan pensyarah..(masih terasa janggal kerana malu dan terlalu menghormati seorang murabbi)..namun dikuatkan hati melangkah bersama sahabat..lucu dengan gelagat sendiri..terlalu menghormati guru/ murabbi hingga sukar untuk bergurau dengan mereka seperti sahabat-sahabat lain..Allah...terasa diri sangat rendah..

Untuk sang perut, engkau perlu untuk di isi..untuk tenaga dalam meneruskan zikrullah di bumi Allah..untuk kekuatan mata dalam menelaah kitab dan pastinya untuk kerehatan daripada rasa lapar..Alhamdulillah, rezeki ana untuk hari ini ada lagi..

Selamat menjamu selera dan menjamu akal...(^_^) ilal liqa'