Pelajar bertaqwa disenangi dikasihi.
Diwaktu orang lain mempunyai banyak masa, masa kita pula” dicuri” untuk kerja-kerja pengislahan diri dan juga, dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang penyeru ummah sekeliling.Hati dan rohani perlu kuat dalam menghadapi segala permasalahan dunia. Belajar +berpersatuan+ berukhwah+pergaulan ada risikonya. Apa-apa sahaja ada risikonya. Tapi pelajar muslim, dia positif! Perlu selalu positif!
Mulakan assgment pada awal-awal lagi. Usah bertangguh! Agar nanti tidak kelam kelibut.Rangka jadual aktiviti dengan betul.Rujuk senior yang lebih tahu dalam sesuatu subjek.Jangan segan bertanya pensyarah. Tiada istilah malu menuntut ilmu.Banyak bincang dengan kawan-kawan.Perlu ada
toleransi.
Sepanjang pengajian dan apa sahaja dalam hidup kita, kita perlu kepada kawan. Kawan ialah orang yang paaaaling dekat dengan kita setelah berpisah dari keluarga kerana menuntut ilmu. Jadi maniskan cara dalam bersahabat. Banyakkan toleransi. Perlu sabar menghadapi kawan-kawan yang pelbagai ragam. Perlu letakkan sangka baik ditempat yang paaaaling dalam ,dalam hati. Kerana tanpa sangka baik, hubungan sesama kawan mudah rapuh. Apa akan jadi jika kawan yang kita musuhi ialah ahli kumpulan dalam tugasan. Habislah! Apabila timbul permusuhan, perkara-perkara begitu akan terganggu hingga akhirnya anda gagal dalam subjek tertentu kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberi dengan alasan.” Oh! Tak sanggup melihat wajahnya!.
Oh! Ia sangat merugikan diri anda.
Perkara ini memang berlaku, ia bukan cerita semata-mata. Akhirnya salah seorang kawan terpaksa menangguhkan pengajiannya kerana permusuhan itu. Peritnya bukan!
Islam tidak mengajar ummatnya bermusuh. Bahkan islam mengajak kepada pendamaian, sikap yang baik sesama muslim. Hati rasa sakit? Abaikan sahaja, kerana marah atas hanya factor yang kecil, remeh temeh dan bukan marah berpaksikan Allah, akan merugikan diri anda sendiri. Bayangkan, betapa anda menderita memendam rasa tapi kawan anda selesa, malah hidup bahagia. Akhirnya anda yang sengsara. Jadi bangkitlah !
Tugasan(Assigment) bertimbun-timbun, Aduhh! Bagaimana ni?
Tips cemerlang & tenang dalam pengajian.
Hubungan dengan Allah | Hubungan dengan manusia |
Jaga hak Allah seperti solat, puasa, ibadah dan lain-lain | Jaga hati kawan-kawan, jangan diremehkan walau dengan senyuman. |
Banyakkan solat-solat sunat, cth: Solat hajat, solat taubat | Tolong jika dia memerlukan |
Tinggikan positif pada Allah | Jangan kedekut dalam berkongsi ilmu |
Tetapkan matlamat menuju Allah cth: Nak balik akhirat dalam keadaan Allah redha | Jaga hati pensyarah, jadi pelajar beradab |
Niat belajar : kerana Allah semata-mata | Jangan ponteng kelas tanpa sebab |
Banyakkan taubat dan istigfar setiap waktu | Sebarkan senyuman walau pada orang yang tidak dikenali |
Tawakkal dan pergantungan MUTLAK pada Allah | Sebarkan salam |
Walau tips di atas ialah tips-tips yang basic , tapi ia adalah perkara yang diabaikan dan dianggap tidak penting ..Dan sebenarnya banyak lagi tipsnya. Apa yang penting istiqamahkan pengajaran yang anda dapat, Insya-Allah mudahan berjaya. Yang penting banyak usaha, doa dan tawakkal.
Pelajar mithali bakal menjadi pemimpin negara berpaksikan syariah Allah. Mari kita jernihkan niat dan utamakan Allah dalam setiap perbuatan kita, insya-Allah bila kita menjadi pelajar, mudahan kita adalah diantara pelajar paaaaling cemerlang. Akademik & Sahsiah. Mudahan!
Tidak terlambat bagi kita untuk membetulkan diri sebagai seorang pelajar...
p/ s : buat adikku hariyana mohamad arif (UNISZA)..GOOD LUCK untuk semua paper yer....(^_^)v...