Saturday, October 1, 2011

Wadah kasih untuk Agamaku

Bismillahir rahmanirrahim...
Salam syg ku hamparkan pada makhluk seluruh dunia.. andai dirimu baik terhadap Allah dan juga makhlukNya, maka aku akan berdoa agar dapat menyertai kebaikan itu, namun jika kamu adalah golongan yang zalim terhadap Allah dan makhlukNya maka aku juga akan turut berdoa agar hidayah menyapa hatimu sebelum jasad tenggelam dimakan bumi. Andai kezalimanmu sangat menyakiti agamaku, maka aku akan bangkit untuk memerangimu sebagaimana bangkitnya Imam Al Ghazali, Imam Hassan Al Banna dan yang tak kan pernah aku lupa iaitu Panglima Islam..Sallahuddin Ayubi.

Aku juga tak kan membiarkan diriku untuk lupa bersyukur padaNya, kerana hari ini ruang untuk jari ini melakar irama hati dan akal masih ada..dan rezeki ku masih ada untuk kesekian kalinya..jom sahabat..sama-sama kita bersyukur..Selawat an salam tak kan pernah lekang di bibir bagi mendamba syafaat baginda kelak..kerana aku tahu bahawa aku sangat memerlukan bantuan baginda kelak di akhirat..Allah dan Rasul, aku percaya sebagaimana Ahli Sunnah wal Jamaah berpegang bahawa kelak manusia dapat menatap wajah Allah..dan aku rindu untuk menatap Penciptaku dan pembimbingku...

       Ruangan ini merupakan dakwah bit tadwin buat driku setelah aku telah menjauhkan diri daripada Facebook..ku membiarkan sahabat-sahabatku yang lebih baik dakwahnya dengan wadah itu meneruskan perjuangan..sedangkan aku..lemah dengan melebihkan penggunaan ke arah dunia. Maka ku membuang sedikit dunia dari masa hidupku kerana wadah itu menyempitkan masa ku sehari-harian hingga aku sering mengeluh..24 jam ibarat 1 jam..


        Maka ruangan ini adalah wadah kasih yang utama buat agamaku.. mengharapkan kekuatan untuk istiqomah dalam berkongsi dan teguh untuk memegang prinsip "HIDUP ADALAH MEMBERI" yang ku pinjam dari seorang ustaz iaitu Ustaz Hasrizal (penulis buku Aku Terima Nikahnya). Biarlah aku memberi ilmuku sebagau ganti kepada wang untuk kalian menatap dan menikmatinya walaupun ilmu ku hanyalah sekadar setitik dari sungai yang mengalir deras..sedangkan ilmu Allah itu tak mampu untuk ditulis dengan dakwat sebanyak 7 lautan pun..Allah kerdilnya diri ku...

       Namun aku mengingati dan memegang sepotong hadis..bekalan sebagai dai'e mudah..
       
       "sampaikanlah walau dengan sepotong ayat "
           
      
        Peringatan buat diriku yang bermain dengan kata-kata yang bertunjang lidah yang tak bertulang, setiap imu dan kata yang ku coret perlulah bermain dalam gelanggan Al-Quran dan sunnah..jangan pernah sesekali menggunakan rasa dan akal..kerana melebihkan akal dalam hujah dan dakwah ibarat fahaman muktazilah yang sesat..ingatlah dua bekalan yang tak kan pernah terpisah dari Islam yang sebenar yakni Al Quran dan sunnah..Moga aku mampu memanfaatkan wadah ini sebagai warkah kasih buat agamaku..

No comments:

Post a Comment