Thursday, March 24, 2011

HIJRAH SI PUTERI..

Si puteri ingin berubah. 
Si puteri ingin jadi seperti dahulu.
Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Si puteri yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.

Namun, tatkala si puteri merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.

Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.

Si puteri sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.

Tidakkah si puteri itu  takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. 

Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.

Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hati si puteri sedikit takut akan janji Allah.

"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."

Apa yang patut dia lakukan kini. Si puteri mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolamkeimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.

DUHAI PUTERIKU...

Diciptakan seorang wanita itu punya hati yang lembut untuk diuji dengan mehnah..namun inginku tegaskan bahawa kelembutan hatimu bukanlah sebagai alasan itu dirimu terus menerus menjadi mainan dan gurauan syaitan di dunia..Aku juga seperti dirimu,mungkin juga sama seperti si puteri yang telah berubah..namun hanya DIA yang mengetahui apa yang tersirat dalam hati kecilku..

Jangan biarkan rasa kotor itu menghalang langkah mu untuk berubah..taubat itu milik Allah..bukan milik hambaNya.Kisah silam mu biar mejadi pengajaran dalam menyucikan diri bukan menjadi penguat untuk kau beralasan bahawa dirimu tidak akan diterima lagi...Dunia ini...dunia yang penuh dengan lumpur kelalaian,aku dan orang lain tidak dapat untuk menyalahkan dirimu melainkan dengan membimbing mu..mungkin juga diriku yang kau akan bimbing...itulah lumrah hidup..aku yang berbicara dengan mu tentang bahayanya maksiat dan dosa,tiada jaminan untuk aku selamat darinya..Namun mujahadah jua yang Allah tuntut..Maka puteriku,tidak terlambat untuk menyayangi diri...dan tidak terlambat untuk berubah..
"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."




Tuesday, March 22, 2011

Selami bicara hati ll

Salam ukhwah bersulam taqwa..

Alhamdulillah..masih terasa hidayah Allah di hati.Masih diberi kekuatan untuk berbicara dan berkongsi..masih diberi nafas yang panjang dan masih diberi hati yang rindu pada taubat..Allah..Allah..

Perkongsian kali ini hanya sekadar luahan hati namun mungkin luahan ini juga dimiliki oleh sahabat yang lain..moga luahan ini bukan suatu keluhan biasa dan sia-sia..mengharap agar luahan ini menjadi kekuatan untuk kembali kepada Allah..

Apabila sekeliling berbicara tentang cinta dan baitul muslim..hati terasa semakin di asak,fikiran semakin terasa dihimpit..resah berbicara tentang baitul muslim sedangkan hati sedang terumbang-ambing mencari jalan pulang..jalan untuk CINTA kepada Allah dan meletakkan perjuangan di landasan yang utama..Allah....

Mungkin mereka yang berbicara tentang baitul muslim adalah insan yang kuat dan aku? aku tidak sekuat mereka untuk membuai hati dalam merangka baitul muslim yang baik dan soleh.Aku lebih banyak memikirkan tentang hati yang semakin melekat dengan cinta dunia..Allah...beratnya menampung hati yang dibebani dengan dunia..Perasaan kosong itu menerpa kembali..rasa bingung meneruskan jalan...hati meronta,nafsu meminta..Allah....bagaimana imanku??

Bagaimana untuk aku memulakan langkah ku? mangubah hatiku..meneguhkan imanku..menjernihkan akidahku..memantapkan akhlakku..

Allah....kuatkah aku? lelahnya bertatih menggapai hidayahMu..mempertahankannya pasti sukar sekali..mencarinya semula,suatu yang belum pasti akan Engkau berikan lagi...

Allah...aku rindu..
Allah..aku buntu...

Aku rindu pada mekarnya hidayah dalam hatiku..namun aku buntu untuk memulakan langkah memekarkannya semula..bagaimana ya Allah...

Andai di izinkan bagiku uzlah layaknya Rasulullah s.a.w..maka benarkan aku untuk menyendiri,jauh dari kesibukan dunia yang melalaikan aku..aku tak mampu terus begini..imanku dan jiwaku perlu kepada udara yang baru..andai dapat ku tukar hati ini,pasti akan ku tukar hati ini dengan hati yang baru,,namun hakikatnya hati inilah,hati yang satu....hati yang Engkau berikan dan perlu aku kembalikan semula di akhir hidupku..

Andai dapat ku lihat bagaimana keadaan hati ini sekarang,pastinya tidak akan dapat aku melihat merahnya sang hati melainkan karat-karat dosa telah menutup sinar dan cahayaNya..Allah...mungkin aku sendiri tak mampu menatap buruknya hatiku apatah lagi sanggup untuk menghadap Allah dengan hati itu...Hinanya diri ini Ya Allah...


Sumayyah..di uji akidahnya dengan kezaliman namun syurga menjadi tempat kembali..
Zulaikha..kisahnya bermula dengan mainan nafsu,namun akhir hidupnya CINTA Allah bersama Yusuf a.s..
Rabiatul adawiyah..sufi wanita yang agung..cintaNya selayaknya di hati..

Tidak cukupkah srikandi ini sebagai contoh buatmu wahai diri??
Aku mendambakan hati seperti mereka walaupun fizikalku tak setanding mereka..
Aku mendambakan kerinduan seperti mereka walau cintaku tak setanding mereka...
Aku mendambakan syurga seperti mereka walau darjatku tak setanding mereka...

Allah..allah...hati ini rindu pada ketaatan dalam menyembahMU..






Monday, March 21, 2011

Selami bicara hati

Semalam yang berlalu tidak akan mampu aku kejar..
Semalam yang terlafaz tidak akan mampu aku padam..
Dan esok...aku hanya menunggu esok dengan perancangan dan disusuli dengan usaha..

Si puteri menangis lagi,merintih akan nasib diri...sampai bila akan jadi begini?
Sampai bila usia ini akan tersia-sia pergi?

Si puteri menangis lagi,merayu pada sang hati...
cemburu pada yang mithali,kesolehaannya mencabar hati...
"aku juga ingin seperti mereka"
"aku ingin seperti bidadari syurga"

Si puteri menangis lagi,mendamba kekuatan diri,
Mencari tawadhuknya hati sang bidadari..berlari dan terus berlari..
Akhirnya lelah yang pasti..

Si puteri menangis lagi,sang jiwa dirayu..
"Kembali lah pada fitrah"
Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah..
Coraknya biarlah indah walaupun tak mampu putih kembali..

Duhai muslimat yang kukasihi...cuba selami bicara hati..
Fitrah yang lembut itu ada terselit kekuatan yang mampu mengubah landskap dunia,mencorak peradaban manusia dan mampu membuatkan yang keras menjadi lembut dan yang lembut menjadi keras..Muhasabah lah diri,cari permata yang hilang dari sang hati..yang inginkan cantiknya sang bidadari dan taatnya sang kekasih Allah..

Duhai muslimat yang kucintai..cuba selami bicara hati..
Tak selamanya kau mampu terus begini,lari dari fitrah,menolak segala ketentuan bahawa dirimu tercipta bukan dengan kehinaan tetapi kemuliaan dari seorang lelaki..Benarkan hati terus berbicara..suatu saat hati itu pasti meronta untuk kembali...Siapa yang tak menginginkan tawadhuknya,jelitanya,dan zuhudnya bidadari syurga??
Siapa yang tak ingin dikenali sebagai wanita yang solehah??

Aku?? Aku juga menginginkannya..mendambakannya..namun aku dan juga kamu perlu pada mejuhadah..Permata ini tak mampu dicapai dengan angan-angan sahaja...Aku juga tak ingin menjadi sang puteri yang terus menangis...

Si puteri tersenyum...
Hatinya sedang bermujahadah...
"letaklah jiwa ku dalam nikmat IMAN"
Tangisnya da berhenti...
Langkahnya telah bermula...
"aku mampu jadi muslimah yang solehah"



Tuesday, March 15, 2011

Pedulikah kita?

Salam ukhwah bersulam taqwa.

Allhamdulillah..diberi peluang dan ruang lagi untuk memberi dan berkongsi bersama sahabat-sahabat sekalian.Langkah yang dimulakan dengan niat yang baik akan membuahkan natijah dan buah yang baik.Mungkin umum megetahui hadis yang sentiasa menjadi hiasan di bibir para murabbi iaitu :
         
                      "Sesungguhnya amalan itu dengan niat"

Maka apa yang kita niatkan itulah yang akan Allah berikan..andai niat kita adalah keduniaan maka dunia juga lah yang Allah berikan sebagai imbalan namun balasan di akhirat,kita akan menjadi orang yang paling miskin dan rugi.Nauzubillah...marilah perbetulkan niat bersama...

          Perjalanan ke UIA Kuantan merupakan perjalanan yang memberikan natijah yang sangat berguna sebagai seorang pelajar,pengundi dan bakal pengundi serta tangan-tangan yang bakal mengubah suatu landskap pemerintahan serta pentadbiran..Begitu besarkah peranan kita dalam usia yang baru melepasi 20 tahun ini?
Siapa yang berani untuk menidakkan dan menafikan kuasa seorang pemuda? Sesungguhnya kepimpinan masa depan bergantung kepada kepimpinan sekarang dan bangunnya sebuah negara itu bergantung kepada pemudanya..Wallahualam...

Wacana perdana yang berlansung di Audi KOS UIA ini dengan membawa tajuk " 1 UNDI 1 KEWAJIPAN : MAHASISWA PEDULIKAH KITA? " memberi satu pencerahan pemahaman kepada kita bahawa mahasiswa juga SANGAT PERLU untuk ambil peduli bagi menentukan siapakah yang layak untuk memegang tampuk pimpinan negara sekaligus yang mampu untuk mengangkat Al-Quran dan sunnah dalam setiap juzuk pentadbiran negara..bukan berfikiran SEKULARISME..Wacana perdana ini telah meletakkan barisan panel yang berkaliber dan berpengelaman dalam bidang masing-masing iaitu :

- Dr Abu Hassan Hasbullah
- Dzulkhairi Mohd Nor
- Ustaz Syed Abdul Kadir 
- Zaki Sukery (moderator)

        Alhamdulillah pengisian yang baik daripada orang-orang yang baik di tempat yang baik..Insyaallah..Seperti yang kebiasaan kita menggunakan istilah baka yang baik menghasilkan benih yang baik dan benih yang baik akan menghasilkan hasil yang baik namun dengan syarat tangan yang menjaga itu juga perlu baik.Kita singkap semula kisah Nabi Musa dan Firaun..Nabi Musa dibesarkan dalam istana firaun dan dikelilingi dengan suasana pemerintah untuk membentuk nabi Musa yang berjiwa pemerintah bukan dididik dalam suasana bani Israel yang pada masa itu adalah golongan hamba untuk mengelakkan nabi Musa berjiwa sebagai seorang hamba yang takut..Keberanian nabi musa mampu membelah laut dengan izin Allah bagi membina suatu tamadun dan masyarakt yang tunduk pada Allah s.w.t..maka amat perlu untuk kita mencari suatu suasana yang mampu menjadikan kita sebagai pemuda yang berani..

PRU? PRU 13...
Berapa ramai yang ambil peduli tentangnya?
Berapa ramai yang melihat ianya suatu yang penting?

Saturday, March 12, 2011

Muslimat....

Jika ada bidadari di atas dunia,
Kalianlah orangnya,
Muslimah,
Memegang agamaNya
Taat menuruti perintah Dia
Walau di atas bukit kalian menjaga Agama

Kalianlah yang termahal di atas muka bumi,
Peribadi-peribadi asing yang sukar untuk diketemui
Muslimah,
Tenang bukan kerana indahnya wajah,
Tetapi kerna mempunyai peribadi yang tinggi

Apakah itu cantik?
Cantik yang sebenar adalah di dalam hati.
Apakah bukti hati yang cantik?
Itulah dia akhlak yang terpamer pada diri,
Muslimah,
Dari kalangan perempuan kalianlah yang termulia,
Menjadi contoh buat wanita-wanita lain di atas dunia,
Berbanggalah muslimah,
Terus dengan izzah memikul perintahNya
Biar ada yang terpikat dengan keindahan kalian,
Dan segera mencari agamaNya

Muslimah,
Bidadari dunia
Yang dicemburui bidadari asli di syurga,
Kalian sering direndahkan manusia,
Tetapi disisiNya kalian adalah yang mulia, 

~Hilal Asyraf~


sumber : Imtiaz Fisabilillah.facebook




Friday, March 11, 2011

Man Ana?

Salam ukhwah bersulam taqwa...

Alhamdulillah..tidak akan pernah lupa untk memanjatkan syukur kepada Allah..segala nikmat yang Allah berikan kekadang tidak terlihat dengan mata namun dapat dirasa dengan hati yang sentiasa mengingati Allah s.w.t.
Kali ini,aku bakal melakar suatu cerita dan pengisian yang ku perolehi sejam yang lalu..Moga ini juga menjadi suatu perkongsian atau pemberian yang bermanfaat..Erti hidup dalam memberi..

       Seusai menghadiri majlis ilmu yang berlansung di bumi KIPSAS..aku sangat bersyukur kerana Allah memilih aku dan sahabat yang lain untuk menjadi tetamu taman syurga itu pada malam ini.Dengan pengenalan tajuk "Man Ana?"..aku mula merasakan bahawa inilah pengisian rohani yang mampu melunakkan hatiku..bukan suatu omong kosong,namun suatu kerugian bagi mereka yang masih enggan membuka mata hati untuk menerima tarbiyah ini..Ilmu juga suatu nikmat daripada Allah..namun benda yang kita tak mampu lihat sukar untuk kita rasa kerana hati kita keras,lalai dan ditompokkan oleh tompokan-tompokan dosa..

Man ana? Siapa saya? Who am I?...

Persoalan yang biasa akan ditanyakan kepada kita..dan ramai akan menjawab "saya adalah si fulan bin si fulan,anak si fulan,pelajar di IPT ini dan itu?..namun cukupkah sekadar itu kita mengenal diri kita?
Jawapan standard pun yang kita akan dengan ialah "saya hamba Allah"..inilah yang biasanya kita dengar daripada seorang muslim namun hakikatnya adakah lafaz itu diringi dengan amal dan dibuktikan dengan perilaku kita sebagai hamba Allah..mari muhasabah diri kita..

Tuesday, March 8, 2011

Cemburu atas keSOLEHAHannya

Salam ukhwah bersulam taqwa...
Alhamdulillah,masih ada ruang untuk aku memberi dan berkongsi walaupun tak banyak yang dapat ku karangkan untuk menjadi tatapan sahabat-sahabat sekalian..Insyaallah,moga bermanfaat untuk diri dan alam...

"Cemburu atas keSOLEHAHannya"

        Itu lah yang terdetik dalam hatiku saat aku melihat sahabat muslimah yang lain sopan dan ayu bertudung litup,labuh melindungi tubuh selayaknya sebagai muslimat..wanita yang telah diangkat martabatnya oleh Rasulullah s.a.w ke tempat yang selayaknya baginya..Sungguh tinggi penghormatan yang Allah beri kepada wanita namun masih ramai yang tak menyedarinya..Lihatlah disekeliling,berapa ramai yang masih lalai dan leka dari memikirkan soal aurat,dan kita....sejauh mana kesempurnaan  hijab yang menutupi aurat diri...seringlah bermuhasabah dan betanya pada diri..biarlah hati itu berkata-kata dengan iman bukan dengan nafsu..

Aku cemburu melihat sahabat-sahabat muslimah lain yang sangat menjaga diri mereka daripada mata-mata sang kumbang,aku sangat cemburu dengan hati-hati mereka yang tampak tawadhuk dengan hukum Allah s..w.t..Aku sangat cemburu dengan muslimat yang tegar menghadapi mehnah dan aku sangat cemburu dengan muslimat yang hatinya sarat dengan cinta Allah..Cinta wadud...Allah...Allah....kerdilnya diri dalam mendamba rasa cinta dan perhatian dariMu Ya Allah..

"Mampukah aku menjadi seperti mereka?" Aku bermonolog lagi...

Aku suka memandang gelagat sahabat-sahabat muslimah yang lain..ku ingin mencontohi hati mereka yang tawadhuk,sabar dan lembut bila diuji dengan kekerasan..namun aku merasa sedih..kesedihanku atas kelemahanku sendiri..Allah sentiasa memberi peluang untuk kita berubah kearah yang lebih baik..menjadi insan yang lebih taat dari sebelumnya...Namun sejauh mana kita memanfaatkan peluang yang Allah beri...andai difikirkan,betapa kita angkuh dengan Allah..tidak berpaling sedikit pun dengan peluang dan masa yang Allah berikan bahkan ada yang sanggup mencabar Allah dengan melakukan maksiat dalam pengetahuannya..Astaghfirullah..Allah....

          Muslimat...aku ingin membawa diri dan juga sahabat yang kukasihi untuk melihat kisah Zulaikha.hayati tentangnya dan cari kunci yang berharga darinya...Insyaallah ana akan mengisahkan tentangnya pada ruangan yang lain...Insyaallah..Ma'assalamah.

Monday, March 7, 2011

Jom Solat..



Salam ukhwah bersulam taqwa...alhamdulillah..

Jom bicara tentang solat..SOLAT TIANG AGAMA..