Friday, March 11, 2011

Man Ana?

Salam ukhwah bersulam taqwa...

Alhamdulillah..tidak akan pernah lupa untk memanjatkan syukur kepada Allah..segala nikmat yang Allah berikan kekadang tidak terlihat dengan mata namun dapat dirasa dengan hati yang sentiasa mengingati Allah s.w.t.
Kali ini,aku bakal melakar suatu cerita dan pengisian yang ku perolehi sejam yang lalu..Moga ini juga menjadi suatu perkongsian atau pemberian yang bermanfaat..Erti hidup dalam memberi..

       Seusai menghadiri majlis ilmu yang berlansung di bumi KIPSAS..aku sangat bersyukur kerana Allah memilih aku dan sahabat yang lain untuk menjadi tetamu taman syurga itu pada malam ini.Dengan pengenalan tajuk "Man Ana?"..aku mula merasakan bahawa inilah pengisian rohani yang mampu melunakkan hatiku..bukan suatu omong kosong,namun suatu kerugian bagi mereka yang masih enggan membuka mata hati untuk menerima tarbiyah ini..Ilmu juga suatu nikmat daripada Allah..namun benda yang kita tak mampu lihat sukar untuk kita rasa kerana hati kita keras,lalai dan ditompokkan oleh tompokan-tompokan dosa..

Man ana? Siapa saya? Who am I?...

Persoalan yang biasa akan ditanyakan kepada kita..dan ramai akan menjawab "saya adalah si fulan bin si fulan,anak si fulan,pelajar di IPT ini dan itu?..namun cukupkah sekadar itu kita mengenal diri kita?
Jawapan standard pun yang kita akan dengan ialah "saya hamba Allah"..inilah yang biasanya kita dengar daripada seorang muslim namun hakikatnya adakah lafaz itu diringi dengan amal dan dibuktikan dengan perilaku kita sebagai hamba Allah..mari muhasabah diri kita..


        Hakikatnya Allah telah menciptakan manusia daripada yang tiada kepada yang ada,dengan pertemuan sperma dan ovum yang diiringi dengan kasih sayang ibu dan ayah kemudian membentuk setitik darah,menjadi segumpal daging,tulang belulang yang disalut dengan daging hinggalah Allah tiupkan roh kedalamnya..Saat di alam roh itulah,manusia mengakui Allah sebagai Tuhannya..ianya telah terakam dalam surah Al-Insan :2
Allah menciptakan mata untuk melihat kebesaran Allah,telinga untuk mendengar perintahNya,tangan untuk membina dunia,kaki untuk melangkah di dunia baru dan mulut untuk menyampaikan kebenaran bahawa Allah itu Tuhan yang disembah dan manusia hanyalah sekadar hamba yang lemah disisiNya..

Kita datang daripada Allah maka kita juga akan kembali padaNya..bermula dengan alam roh maka pengakhiran kita adalah alam akhirat dan alam dunia adalah suatu yang sementara.Namun manusia kini memandang dunia itu suatu yang besar dan boleh dibanggakan sedangkan dalam sebuah hadis telah menyatakan bahawa :

"Jikalau dunia itu bernilai hatta sesayap nyamuk pun ,maka Allah tidak akan memberikan sedikit pun kepada orang-orang kafir walaupun setitis air"

Itulah pandangan Allah terhadap dunia ini.Dalam surah Ali Imran : 185 juga menyatakan bahawa dunia ini hanyalah tempat yang memperdayakan manusia..

"wa ma hayatud dunia illa mata'ul ghurur"
"dan kehidupan dunia itu suatu yang memperdayakan"

Apabila disebut pengakhiran maka kita akan mengingati MATI..keadaan yang paling ingin dijauhi oleh manusia namun ianya adalah suatu yang pasti akan terjadi..

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati" (surah Ali Imran :185 dan surah al-anbiya :35)

Maka apakah ertinya kehidupan kita? Sebagai hamba Allah dan khalifah di bumi ini,adakah kita diciptakan sekadar suka-suka untuk hanya memenuhi bumi yang diciptakan oleh Allah sebagai suatu perhiasan semata-mata..Pastinya tidak..pada kalimah Hamba dan juga Khalifah tu terkandung suatu amanah yang palig besar yang perlu dipukul dan dipertanggungjawabkan kepada manusia.Mari sama-sama kita rujuk dalam surah Al Baqarah : 30 dan Surah Az Zariyat :56...Dua ayat ini akan menyatakan saiap kita sebenarnya...Mari sama-sama kita ulangkaji untuk refresh hati dan iman kita...

Apa yang perlu kita lakukan adalah carilah ilmu dengan ikhlas kerana ilmu adalah suatu yang akan membentuk pemahaman kita..Berdoa pada Allah sebagai senjata dan kunci bantuan daripada Allah..Kembalilah kepada Allah dan Al-Quran..

Rasanya cukup sekadar ini untuk mencetuskan langkah agar kita lebih mengenali diri...namun satu ayat yang sangat membekas dalam hatiku adalah :


"manusia itu menghinakan dirinya setiap masa dengan melakukan maksiat dan melanggar perintah Allah sedangkan Allah telah memuliakan manusia dengan memerintahkan iblis dan malaikat sujud kepada nabi Adam"

Walalhu alam..moga bermanfaat kepada kita bersama....ilalliqo'

2 comments:

  1. Betulkah kita ni hamba Allah ???
    Kalau betul kita hamba Allah..Apa buktinya ??
    ATAU.. Hamba NAFSU? Hamba KAWAN2? Hamba FESYEN? Hamba DUIT?
    Renungkanlah..

    ReplyDelete
  2. Merenung ke dalam diri siapa kita sebenarnya mrupakan satu langkah untuk kita mngenali Allah..DIA menciptakan manusia dari tiada kepada Allah...Allah...betapa kami istimewa di sisiMU andai kami adalah org yg bersyukur dan bertaqwa...

    ReplyDelete