Tuesday, March 15, 2011

Pedulikah kita?

Salam ukhwah bersulam taqwa.

Allhamdulillah..diberi peluang dan ruang lagi untuk memberi dan berkongsi bersama sahabat-sahabat sekalian.Langkah yang dimulakan dengan niat yang baik akan membuahkan natijah dan buah yang baik.Mungkin umum megetahui hadis yang sentiasa menjadi hiasan di bibir para murabbi iaitu :
         
                      "Sesungguhnya amalan itu dengan niat"

Maka apa yang kita niatkan itulah yang akan Allah berikan..andai niat kita adalah keduniaan maka dunia juga lah yang Allah berikan sebagai imbalan namun balasan di akhirat,kita akan menjadi orang yang paling miskin dan rugi.Nauzubillah...marilah perbetulkan niat bersama...

          Perjalanan ke UIA Kuantan merupakan perjalanan yang memberikan natijah yang sangat berguna sebagai seorang pelajar,pengundi dan bakal pengundi serta tangan-tangan yang bakal mengubah suatu landskap pemerintahan serta pentadbiran..Begitu besarkah peranan kita dalam usia yang baru melepasi 20 tahun ini?
Siapa yang berani untuk menidakkan dan menafikan kuasa seorang pemuda? Sesungguhnya kepimpinan masa depan bergantung kepada kepimpinan sekarang dan bangunnya sebuah negara itu bergantung kepada pemudanya..Wallahualam...

Wacana perdana yang berlansung di Audi KOS UIA ini dengan membawa tajuk " 1 UNDI 1 KEWAJIPAN : MAHASISWA PEDULIKAH KITA? " memberi satu pencerahan pemahaman kepada kita bahawa mahasiswa juga SANGAT PERLU untuk ambil peduli bagi menentukan siapakah yang layak untuk memegang tampuk pimpinan negara sekaligus yang mampu untuk mengangkat Al-Quran dan sunnah dalam setiap juzuk pentadbiran negara..bukan berfikiran SEKULARISME..Wacana perdana ini telah meletakkan barisan panel yang berkaliber dan berpengelaman dalam bidang masing-masing iaitu :

- Dr Abu Hassan Hasbullah
- Dzulkhairi Mohd Nor
- Ustaz Syed Abdul Kadir 
- Zaki Sukery (moderator)

        Alhamdulillah pengisian yang baik daripada orang-orang yang baik di tempat yang baik..Insyaallah..Seperti yang kebiasaan kita menggunakan istilah baka yang baik menghasilkan benih yang baik dan benih yang baik akan menghasilkan hasil yang baik namun dengan syarat tangan yang menjaga itu juga perlu baik.Kita singkap semula kisah Nabi Musa dan Firaun..Nabi Musa dibesarkan dalam istana firaun dan dikelilingi dengan suasana pemerintah untuk membentuk nabi Musa yang berjiwa pemerintah bukan dididik dalam suasana bani Israel yang pada masa itu adalah golongan hamba untuk mengelakkan nabi Musa berjiwa sebagai seorang hamba yang takut..Keberanian nabi musa mampu membelah laut dengan izin Allah bagi membina suatu tamadun dan masyarakt yang tunduk pada Allah s.w.t..maka amat perlu untuk kita mencari suatu suasana yang mampu menjadikan kita sebagai pemuda yang berani..

PRU? PRU 13...
Berapa ramai yang ambil peduli tentangnya?
Berapa ramai yang melihat ianya suatu yang penting?




       Mengikut senarai baru yang dikeluakan oleh SPR kini,sebanyak 40.2% pengundi muda baru.Mengikut kajian yang dilakukan di beberapa buah IPTA/S hanya 11 % yang mendaftar sebagai pemilih dan hanya 690 orang yang mengundi..Sejauh mana kita peduli? maka di sini kita melihat bahawa kepedulian mahasiswa / pemuda terhadap pilihan raya masih lagi kurang.Di mana silapnya?? 

Samantha (penasihat kepada pemimpin Amerika) menyatakan bahawa menjelang 2010,akan berlakunya revolusi politik di Asia Barat kerana anak mudanya telah kembali ke jalan yang betul..Ini menunjukkan bahawa pemuda Asia Barat telah mula untuk peduli dengan isu yang berlaku dan kita?? Mengikut pemantauan,hanya 17 % sahaja daripada jumlah pengundi muda yang turun di Kerdau..ini menunjukkan bahawa pemuda masih lagi lena di buai mimpi yang panjang dan hidup dalam dunia mereka sendiri..

Mungkin apabila kita membicarakan mengenai politik dan perlunya kita terlibat dengannya,maka ramai mahasiswa/i dengan lantang mengemukakan pelbagai alasan dan hujah.Antaranya :

1) ianya bertentangan dengan syariah dan demokrasi yang dijalankan berasal daripada barat,sehinggakan ada yang berhujah bahawa haram bagi seorang muslim menyerupai orang kafir..

2) Politik tiada dalam Islam dan Rasulullah tidak pernah buat..

3) Politi suatu yang sia-sia kerana ia tidak mampu untuk membawa perubahan dengan sekelip mata..

         Ini merupakan antara penyataan-penyataan yang biasanya kita akan dengar daripada mahasiswa/i yang terpelajar.Namun saya tertarik dengan setiap penerangan yang diberikan oleh Ustaz Syed Abdul Kadir dalam menjawab persoalan-persoalan tersebut.Ustaz menyebut bahawa tidak semua barang yang diciptakan oleh orang kafir itu haram.Merujuk kepada satu iklan..seorang muslim yang ingin menunaikan haji di Makkah memilih untuk menggunakn perkhidmatan travel muslim maka dia mendapatkannya.Kemudian,dia bertanya bahawa dia ingin menggunakan kapal terbang yang dicipta oleh orang muslim maka pelayan itu berkata bahawa tiada kapal terbang yang dicipta oleh muslim.Lalu dia bertanya "bila ada?",pelayan itu menjawab "tidak tahu"..Lalu dia pun berkata "kalau macm tu sy tggu sampai ada" dan seterusnya...maka dengan ini kita melihat bahawa kita tidak akan lari daripada menggunakan barang orang kafir untuk memenuhi keperluan kita.Yang dimaksudkan dengan jangan menyerupai orang kafir adalah dari sudut akidah dan amalan dan kita tidak niatkan untuk mengikuti mereka.

        "Politik tidak ada dalam Islam dan nabi tidak pernah buat"..Adakah suatu yang Rasulullah tidak pernah buat dan kita buat adalah haram? Lihat kepada sambutan maulidur rasul,Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah melakukannya namun kita sekarang meriah menyambutnya.Penglibatan dalam pilihan raya mampu menyelamatkan diri daripada bersekongkol atau bersubahat dengan perkara yang berlawanan dengan syariat walaupun secara kasarnya penglibatan kita tidak mampu memberi kesan untuk menghalang. Walaupun orang yang kita undi itu yang membawa Islam tidak menang,namun kita telah menyelamatkan diri daripada bersubahat dengan pemimpin yang kaki botol dan sebagainya.Sakurang-kurangnya kita memiliki usaha daripada sekadar berdiam diri..Sesunggunya Allah menilai sesuatu daripada usaha yang dilakukan bukan pada  apa natijah yang akan terjadi.Tidak bersetuju kepada sesuatu itu bukanlah menghalalkan pengunduran kerana kita perlu tahu bahwa  kalimah yang benar dihadapan penguasa yang zalim..Berkeyakinan bahawa Islam itu akan tertegak tanpa tangan kita turut berusaha untuk menegakkannya adalah suatu yang sia-sia..Sekadar mendiamkan diri dari tidak terlibat dan menguruskan hal sendiri tidak akan mampu menyelamatkan kita daripada disoal oleh Allah s.w.t tentang apa yang kita lakukan dalam membantu agamaNya. 

" Ibarat kita memiliki bendang berjiran dengan tapak yang lain.Tapak yang kita miliki dibaja dan dijaga dengan elok,tapi tapak jiran sebelah terbiar tak terjaga.Adakah petak kita akan membuahkan hasil yang baik? Pasti serangga-serangga daripada jiran sebelah akan turut memusnahkan tanaman kita" Tuan Guru Nik Aziz.

KENAPA MAHASISWA TIDAK PEDULI?

-Tidak tahu bahawa mereka perlu mengundi
-tidak cakna politi
-tidak merasakan politik penting untuk mereka


Mahasiswa perlu untuk peduli..keluar untuk melakukan perubahan kerana adalah suatu jenayah kepada masa hadapan andai kita tidak terlibat dengan politik yang jalannya adalah demokrasi bagi melakukan perubahan kearah kepimpinan Islamiyyah.Para ilmuan perlu menjadi serambi perubahan bukan sekadar mengintai di tepi jendela.Maka,pemuda perlu untuk praktikal,pragmatik dan progresif kerana mahasiswa jurubicara rakyat bertindak secara praktikal..Akhir kalam, 

"Sesiapa yang membantu maksiat walaupun dengan setengah kalimah maka kita tidak akan terlepas dari menjadi rakan kongsi kepada maksiat dan dosa itu"

P/S : tunaikan kewajipan untuk mengundi bagi mereka yang telah layak untuk mendaftar..1 UNDI 1 KEWAJIPAN.Tiada alasan untuk kata tidak...Wallahualam..





No comments:

Post a Comment