Thursday, July 14, 2011

Semester baru

Assalamualaikum buat diri yang membaca...

Alhamdulillah..da 2 minggu berada di KIPSAS untuk memulakan semester baru di tahun 2. Namun hakikatnya ia bukanlah suatu yang mudah. 2 minggu ini terasa berada dalam kem tarbiyah. Tarbiyah hati...diuji sejauh mana pergantungan dengan Ilahi..

Melawan rasa takut keseorangan di bilik membuatkan hati sentiasa berisgtifar..mohon pada Allah berulang-ulang kali..namun akhirnya mengambil keputusan untuk berpindah bilik..risau keselamatan diri. Dan hakikatnya study sedikit terganggu kerana fokus mula hilang saat perlu untuk melawan rasa takut yang hadir dalam hati ditambah pula dengan rasa sedih sering ditinggal keseorangan oleh ahli bilik yang lain.. ana sedia maklum mungkin kerana kos dan batch yang berbeza membuatkan masa berada di bilik pasti tidak sama.

Namun hati tak pernah putus berdoa..moga bilik yang baru ini memberi kebaikan pada diri..duhai hati, sabar.....sabar seperti Hajar.

Hajar...ditinggal sendiri, mula berdikari untuk terus hidup dengan kekuatan pergantungan kepada Allah..

Moga hati ini terus di tarbiyah menjadi hajar di alaf baru ini..walau bukan sebagai isteri tetapi biar sebagai muslimah.

"tiada sesuatu pun yang dapat memudaratkan melainkan dengan izin Allah"

No comments:

Post a Comment