Hijrah
itu memang payah..sukar untuk dilaksanakan.Amat payah untuk disempurnakan untuk
dijadikan suatu realiti. Ada yang menggunakan tarikh-tarikh tertentu untuk
berhijrah dan pastinya mengambil ikhtibar daripada tarikh 1 muharram. Tarikh yang
melakar satu sejarah yang memberi impak kepada pengukuhan tamadun Islam di bumi
Arab dan Madinah pastinya menjadi saksi langkah para muhajirin yang disambut
oleh kaum Ansar.Bermulalah pembinaan kerajaan Islam pertama, dan contoh ikatan
ukhwah yang kukuh antara dua kaum yang berbeza tetapi dibawah pimpinan seorang
khalifah yang sama. Hijrah yang ingin dicontohi ini bukanlah semata-mata hijrah
jasad dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Tetapi hakikatnya lebih
daripada itu andai kita memandangnya dengan hikmah atau kebijaksanaan seorang insan
yang berakal dan punya hati yang dididik dengan iman serta taqwa. Teringat akan
hadist yang pertama dalam kitab hadist arbain an-nawawi yang menyatakan :
Dari
Amirul Mu’minin, (Abu Hafsh atau Umar bin Khottob rodiyallohu’anhu) dia
berkata: ”Aku
pernah mendengar Rosululloh shollallohu’alaihi wassalam bersabda: ’Sesungguhnya
seluruh amal itu tergantung kepada niatnya, dan setiap orang akan mendapatkan
sesuai niatnya. Oleh karena itu, barangsiapa yang berhijrah karena Allah dan Rasul-Nya,
maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah
karena (untuk mendapatkan) dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka
hijrahnya itu kepada apa yang menjadi tujuannya (niatnya).’”
Memetik kata-kata “hijrah itu
bergantung pada niatnya” maka apa yang ingin diketengahkan dalam entri ini
adalah niat disebalik hijrah dan makna hijrah itu sendiri. Hijrah dari sudut
bahasa ialah berpindah manakala istilah pula ialah perpindahan dari kota makkah
ke kota madinah yang berlaku pada 1 muharram atas perintah Allah s.w.t. Ianya
merupakan hijrah kedua selepas hijrah pertama ke habsyah. Namun hijrah yang ingin dihuraikan bukan
semata-mata hijrah jasad seperti yang dikatakan tadi tetapi mencari dan
memahami lebih dari itu.
Hijrah juga dapat difahami
sebagai meninggalkan sesuatu yang buruk kepada memilih sesuatu yang lebih baik
di sisi Allah. Menghijrahkan hati dengan penyucian dan taubat untuk membentuk
hijrah jasad melalui cara hidup yang diamalkan. Mungkin dulu dia seorang yang
malas maka dia berhijrah untuk jadi seorang yang rajin. Mungkin juga dia
seoarang penzina kemudian berhijrah dengan bertaubat dan mula melakukan kebaikan
demi kebaikan. Itulah hijrah yang bermula dengan hati kemudian diterjemah
dengan amal. Keluar daripada lembah kegelapan dan bertatih, berjalan ataupun
berlari ke arah cahaya. Namun suka untuk meminjam kata dari seorang hamba Allah
dalam entri nya. “BERJALANLAH JIKA TAK MAMPU BERLARI”
Perubahan dalam diri adalah satu
hijrah. Kekadang suatu perubahan itu memberi kesan negative atau positif kepada
diri bergantung kepada niat. Ada insane yang tidak suka melihat kemampuan
perubahan seseorang. Mungkin juga dengki, mungkin juga rasa tercabar. Namun
inilah salah satu keadaan yang bakal dihadapi oleh seorang yang berhijrah.
“saya dah pakai hijab labuh”
“saya dah solat 5 waktu”
“saya dah rajin baca buku”
“saya dah pakai purdah”
Gembira mendengar luahan-luahan
sahabat apabila memilih satu masa untuk mula membuat penambahbaikan dalam diri
namun hati..jangan pernah lupa dengan hati. Iringi hijrah amal dengan hijrah
hati daripada keburukan maksiat kepada kebaikan amal soleh. Mungkin ramai yang
mampu mengubah fizikal dan amalan tetapi amat payah untuk mengubah hati yang
telah terbiasa dengan sesuatu keburukan. Pada saat itu merintihlah hati pabila
hati sangat sukar untuk kembali jernih. Teringat satu kisah seorang anak yang
selalu melakukan dosa. Ibu bapanya sangat runsing memikirkan akan anaknya. Lalu
sang ibu menyuruh anaknya untuk memaku tiang dalam rumahnya setiap kali dia
melakukan dosa. Maka dia melakukannya berkali-kali hingga penuh tiang tersebut
dengan paku yang berkarat kerana di makan masa yang lama. Tiba-tiba anak itu
termenung dan terasa sebak kerana memikirkan tentang banyaknya dosa yang telah dilakukan.
Sang ibu menyuruh anaknya untuk membuka paku-paku tersebut jika dia melakukan
kebaikan. Si anak pun tekad untuk berubah, setiap hari dicabutnya paku-paku
tersebut. Namun si anak masih merasa sedih pabila melihat tiang tersebut
walaupun tidak ada paku lagi namun apa yang dilihatnnya adalah kesan
lubang-lubang dari paku itu dan juga kesan-kesan karat. Si ibu pun berkata “
begitulah juga dengan hati, apabila dipenuhi dengan dosa maka bentuk hati akan
berubah hingga kita tak kenal hati itu lagi namun kebaikan dan taubat mampu
untuk menghilang segala kekotoran hati namun hati itu tak mampu untuk menjadi
sedia kala. Kerana bekas-bekas dosa melihat di hati. Menunjukkan hati itu
pernah melakukan dosa. Manusia tak mampu untuk mengubah hati kembali putih tetapi
manusia mampu mencorak hati ibarat kain batik yang cantik kerana lumrah hidup
kita akan pernah berada di bawah dan di atas.
No comments:
Post a Comment