Sunday, February 27, 2011

Kisah langkahku...

Salam ukhwah bersulam taqwa...

Alhamdulillah..ujianMu bakal menjadi penguat hati dan jasadku untuk terus berjalan di bumiMu ini..

Untuk kesekian kalinya ku gagahi jari ini untuk menari di atas keyboard laptop mengikut irama hati yang ingin berbicara..apa yang bakal aku sampaikan? untuk menjadi suatu pemberian berupa hadiah kepada semua.Insyaallah..

    
       Menghabiskan masa sabtu dan ahad dengan program yang berbentuk ziarah..aku cukup puas melihat keindahan landskap pokok getah yang selama ini hanya ku lihat dan ketahui melalui buku..subjek Geografi tak silap aku...Nyamannya suasana kampung..moga ia kekal dengan suasana yang menenangkan..moga tak tergadai dek rakusnya pembangunan yang dilakukan oleh insan-insan yang mengejar kekayaan dunia semata-mata..

       Ziarah ku disajikan dengan berjuta perasaan dan pengalaman..terasa jiwaku tenang melihat wajah-wajah yang telah dimamah usia namun masih juga memberi ketenangan.Rumah pertama,mengajar aku bahawa berbudi dengan tanah dan juga alam adalah suatu yang mampu memberikan kesenangan hidup walaupun hasilnya yang bakal diterima mungkin ambat...tetapi lumayan.Landskap yang indah dengan kolam ikan,tumbuh-tumbuhan yang menghijau dan sebuah banglo yang nampak simple tapi 'comel' dipandanganku membuatkan aku merasa dan terfikir untuk membina kehidupan setenang itu..(moga mendapat ketenangan dunia dan akhirat)..

       Rumah kedua..rumah yang kusangka tiada penghuni..bewarna putih(hakikatnya rumah yang kutemui semua rumah yang diperbuat daripada simen) namun kesunyian itu tidak menghalangkan pokok-pokok dihalaman itu tumbuh menghijau..mata ku masih tidak lari daripada kehijauan (PUTIH HIJAU)..aku bertemu dengan seorang ibu tunggal yang tlah berusia.."tok wan" panggilan yang meniti dibibir ku saat menyapanya.Dialah pemilik rumah putih ini..beramah mesra dengannya buat aku merasa rindu dengan arwah nenek yang telah lama pergi..ku anggarkan usianya mencecah lebih kurang 80 tahun namun masih gagah untuk berjalan walaupun membongkok sedikit..Pendengarannya masih tajam untuk menjawab soalan-soalan yang ditanya dan aku melihat keadaannya masih lagi mampu menguruskan diri..aku terpegun dicampur dengan perasaan hiba tatkala tok wan menyatakan bahawa dia tinggal seorang diri di dalam rumah putih itu.. 

Ya Allah...kemana pergi anak-anak tok wan??? berapa ramai lagi anak yang melakukan ini kepada ibu-ibunya?Bermonolog sendiri membuatkan air mataku bergenang dan membuatkan aku teringat ibu yang berada jauh di bumi Tawau..Tiba-tiba mataku tertarik dengan seekor anak kucing yang ada bersama tok wan..bewarna kuning oren..kecil,comel dan lincah..kucing tok wan rupanya...tok wan kata kucing tu senantiasa menemani tok wan dan akan mengikut arahan tok wan...waaa..subhanallah..pandainya kucing tu teman tok wan yang keseorangan...Allhamdulillah,Allah tak biarkan tok wan bersendirian..Rumah ini mengajar aku untuk terus berbakti kepada ibu bapaku...love u mom and dad..

     Rumah ketiga..emm aku tak terasa untuk ingin menulis tentangnya..biarlah ia berlalu ibarat angin yang menyapa dan pergi..hakikatnya ia mnguji kepercayaan kita kepada makhluk halus..dan semuanya berkaitan dengan iman dan kesan ber"sahabat" dengan sesuatu yang dilarang...wallahualam...

     Rumah keempat...aku sendiri terpegun melihat rumah tersebut.Saat pertama kali menjejakkan kaki di rumah banglo milik seorang ibu tunggal,hatiku merasa tenang dan terpesona..cantik dan kemas..beramah mesra dengannya menyebabkan aku ingin menjadikan ibu bapaku sepertinya suatu hari nanti..teringat istilah "anak-anak menjadi"..itulah yang ku berikan pada anak-anaknya..menurut cerita ibu tunggal itu,anak-anaknya semua telah mencari rezeki masing-masing di luar..dan aku boleh katakan anak-anaknya semua jenis yang menyenangkan ibu mereka...hehe..terasa lucu plak menggunakan ayat itu..

Allhamdulillah..setiap rumah yang kuziarahi ku akhirkan dengan doa dan azam..setiap cerita dan kisah membawa aku untuk berfikir dan bermuhasabah...moga bermanfaat juga kepada sahabat sekalian..wallahualam..=)




No comments:

Post a Comment